Pesawat Garuda Indonesia lakukan pendaratan cemas selepas enjin terbakar

Iklan
Imej enjin pesawat Garuda Indonesia yang terbakar dikongsi di media sosial sejurus berlepas dari bandar Makassar Indonesia. Gambar media sosial

JAKARTA - Sebuah pesawat yang membawa 468 orang dari Indonesia ke Arab Saudi melakukan pendaratan cemas pada Rabu (15 Mei) akibat kebakaran enjin, kata syarikat penerbangan Garuda Indonesia, dalam insiden terbaharu dalam rekod keselamatan penerbangan rantau ini.

Syarikat penerbangan Indonesia itu berkata, pesawat Boeing 747-400 penerbangan Garuda-1105 ke Madinah itu kembali ke lapangan terbang asalnya di bandar Makassar Indonesia pada 5.15 petang.

Iklan
Iklan

Tiada sebarang kecederaan penumpang dilaporkan.

"Keputusan itu dibuat oleh juruterbang sejurus selepas berlepas, memandangkan masalah enjin yang memerlukan pemeriksaan lanjut selepas percikan api diperhatikan dalam salah sebuah enjin," kata Presiden Pengarah Garuda, Irfan Setiaputra dalam kenyataan yang dikeluarkan.

Iklan

Pesawat berkenaan membawa 450 penumpang dan 18 anak kapal dalam penerbangan itu termasuk jemaah haji, kata Irfan.

usulan itu, kesemua penumpang dipindahkan ke sebuah penginapan sebelum menaiki penerbangan gantian pada Rabu ke Arab Saudi, jelas beliau.

Iklan

Rakaman yang disiarkan di media sosial, yang belum disahkan oleh AFP, dikatakan menunjukkan enjin pesawat itu terbakar ketika ia berlepas.

Pesawat berkenaan kini sedang disiasat pihak berwajib. - Agensi/ Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!