Persaingan perniagaan motif pusat hiburan dilempar bom petrol

Iklan
Laporan Sinar Harian pada Jumaat.

KUALA LUMPUR - Persaingan perniagaan dipercayai menjadi motif kes sebuah pusat hiburan di Jalan Yap Kwan Seng dibaling bom petrol, awal pagi Khamis lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa berkata, seorang lagi suspek berusia 23 tahun telah ditahan di Kuantan, Pahang pada pagi Rabu bagi membantu siasatan berkaitan kes itu.

Iklan
Iklan

"Setakat ini, keseluruhan tangkapan ada enam suspek, kita masih mengesan dua lagi individu yang masih bebas," katanya.

Beliau belata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, di sini pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua individu tiada kaitan dengan kongsi gelap.

Sebelum ini, tular video melalui media sosial rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan empat individu menaiki motosikal membaling bom petrol di hadapan pusat hiburan terbabit.

Iklan

Polis telah mengambil keterangan pemilik premis dan pengurus pusat hiburan berkenaan bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat dengan api dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!