Amaran ribut petir, hujan lebat di 11 negeri

Iklan
MetMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan. Foto hiasan

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 11 negeri serta tiga Wilayah Persekutuan hingga 7 malam ini.

MetMalaysia memaklumkan, cuaca buruk melibatkan keseluruhan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan serta seluruh Perlis, Pulau Pinang dan Melaka.

Iklan
Iklan

Di Kedah, kawasan terjejas ialah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Pendang dan Pokok Sena, manakala di Perak melibatkan Kerian, Larut, Matang, Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang dan Muallim.

Keadaan cuaca itu juga dijangka berlaku di Pahang membabitkan Bentong, Temerloh, Maran, Raub, Lipis dan Cameron Highlands, manakala kawasan terjejas di Selangor meliputi Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Petaling, Klang, Sepang, Kuala Langat serta Gombak.

Iklan

Di Negeri Sembilan pula membabitkan kawasan Port Dickson dan Rembau, manakala di Johor melibatkan kawasan Tangkak, Muar, Batu Pahat, Pontian, Johor Bahru, Kulai serta Kluang.

Amaran sama turut dikeluarkan di Sarawak, iaitu Limbang, Miri, Mukah (Matu, Dalat, Mukah dan Daro), Samarahan, Kuching, Serian, Bintulu (Tatau), Kapit (Belaga), Sibu (Selangau dan Sibu) serta kawasan yang diramalkan terjejas di Sabah ialah Tawau (Kalabakan), Sandakan (Tongod), Pantai Barat dan pedalaman.- Bernama 

Iklan