UUM diiktiraf universiti awam nombor satu di Malaysia bawah usia 50 tahun

Iklan
UUM diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh THE Young University Rankings 2024, sekali gus meletakkannya sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia.

ALOR SETAR - [DIKEMAS KINI] Universiti Utara Malaysia (UUM) diiktiraf sebagai universiti ke-71 terbaik dunia di bawah usia 50 tahun oleh Times Higher Education (THE) Young University Rankings 2024, sekali gus meletakkannya sebagai universiti awam nombor satu di Malaysia.

Naib Canselor UUM, Prof Dr Mohd Foad Sakdan berkata, pengiktirafan yang diumumkan itu membolehkan UUM berada di tangga ke-71 terbaik dunia berbanding tangga ke-95 pada tahun lalu.

Iklan
Iklan

"Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua warga universiti yang bertungkus lumus bekerja untuk meletakkan UUM sentiasa dikenali di peringkat nasional dan antarabangsa. Ia bukan mudah, apabila universiti perlu bersaing dengan universiti terkemuka lain untuk berada di kedudukan 100 teratas ini.

"Sempena usia UUM yang ke-40 tahun, keputusan ini telah menunjukkan UUM terus unggul di persada antarabangsa khususnya dalam bidang pengurusan, perniagaan dan perakaunan serta sains sosial,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Iklan

Beliau berkata, kedudukan UUM yang melonjak itu didorong oleh indikator kualiti penyelidikan, selain mengekalkan markah tinggi untuk kategori pengajaran dan persekitaran penyelidikan.

"Ini secara tidak langsung meletakkan imej dan nama UUM sebaris dengan universiti ternama dunia yang telah mencipta rekod tersendiri,” katanya.

Iklan

THE Young University Rankings 2024 menggunakan 17 indikator dalam lima kategori iaitu pengajaran, kualiti penyelidikan, persekitaran penyelidikan, pandangan antarabangsa dan pendapatan industri di mana pengiktirafan yang dikeluarkan secara tahunan itu menyaksikan lebih 673 universiti dari seluruh dunia disenaraikan bagi penarafan 2024. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!