[VIDEO] Tun M berjaya batal saman Halim Saad isu saham Renong

Iklan

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama dua yang lain berjaya membatalkan saman di Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa, difailkan ahli perniagaan, Tan Sri Halim Saad berhubung dakwaan mengalami kerugian selepas diarahkan kerajaan menjual saham miliknya dalam Renong Bhd, 23 tahun lalu.

Pesuruhjaya kehakiman, Suzana Muhamad Said memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan, Dr Mahathir; bekas Menteri Kewangan, Nor Mohamed Yakcop dan kerajaan Persekutuan.

Iklan
Iklan

Ketika membaca keputusan berkenaan, Suzana berkata, mahkamah mendapati satu lagi kes yang difailkan Halim pada tahun 2013, membabitkan isu sama sudah diputuskan mahkamah.

"Semua isu berkaitan prinsip res judicata atau prinsip bahawa kausa tindakan tidak boleh dikemukakan semula antara pihak sama apabila ia sudah dinilai berdasarkan merit dan alasan tempoh had masa adalah terpakai.

Iklan

"Ada sebab batasan (dalam had masa) dibuat, ia untuk menghentikan sebarang kausa tindakan yang tidak perlu terutamanya selepas melepasi tempoh masa,” katanya yang turut memerintahkan Halim membayar kos sebanyak RM10,000.

Beliau berkata, isu berlaku dikatakan berlaku pada tahun 2001, yang mana ia telah melebih 20 tahun.

Iklan

Pada 13 September 2023, Mahkamah Tinggi di sini memberi masa sehingga bulan depan untuk Dr Mahathir dan dua pihak lain, memfailkan pembelaan berhubung kes saman oleh Halim selaku plaintif.

Ia membabitkan kes saman Halim yang juga bekas Pengerusi Eksekutif Renong Berhad, berhubung penjualan saham miliknya yang dikatakan dibuat secara paksa sehingga menyebabkan beliau mengalami kerugian, 23 tahun lalu.

Selain Dr Mahathir yang disaman atas kapasitinya sebagai Perdana Menteri ketika itu, Halim turut menamakan bekas Menteri Kewangan II, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop atas kapasitinya sebagai Penasihat Ekonomi Khas kepada Perdana Menteri dan kerajaan Malaysia selaku defendan.

Dr Mahathir

Menerusi saman difailkannya, Halim berkata, tuntutannya ialah berdasarkan pelanggaran hak oleh kerajaan Malaysia ketika diarahkan Dr Mahathir dan Nor Mohamed supaya tidak meneruskan pemerolehan 32.69 peratus dalam Renong Berhad daripada United Engineers Malaysia Berhad (UEM).

Ia berdasarkan Opsyen Jual yang dilaksanakan ke atasnya oleh UEM pada Disember 2000.

Berdasarkan penyataan tuntutan saman, Halim berkata, ketika itu Renong memegang 37.92 peratus saham UEM dan beliau merupakan pemegang saham individu tunggal terbesar dan mengawal syarikat itu.

Halim berkata, timbul berniat untuk membuat tawaran am ke atas UEM, sama ada melalui atau bersama Renong, untuk menswastakan UEM sebagai anak Syarikat.

Katanya, ia akan membolehkan beliau memperoleh kawalan dan milikan penuh ke atas UEM melalui Renong.

Bagaimanapun plaintif berkata, Dr Mahathir dan Nor Mohamed telah mengarahkannya supaya tidak meneruskan tawaran am kerana kerajaan ingin mengambil semua saham dalam UEM melalui Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) atau pihak yang akan dicalonkan oleh Khazanah.

Katanya, tindakan untuk mematuhi arahan itu dibuat kerana Dr Mahathir ialah Perdana Menteri dan Menteri Kewangan (ketika kejadian) dan kesudahannya Khazanah memperoleh keseluruhan saham UEM melalui anak syarikatnya, Danasaham Sdn Bhd, dan dengan itu memperoleh kawalan terhadap UEM yang ketika itu memiliki 32.6 peratus saham Renong.

Halim dengan itu memohon perisytiharan, antaranya beliau ialah pemegang saham Renong dan bukannya UMNO, selain mendakwa kerajaan melanggar Perkara 8 (1) atau Perkara 13 (2) Perlembagaan Persekutuan kerana gagal memberikan pampasan yang memadai kepadanya.

Beliau juga memohon perintah supaya kerajaan membayar pampasan kepadanya dan menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan atau teruk, faedah, kos atau relif yang sesuai oleh mahkamah.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!