Pelajar cedera jatuh dari tingkat lima kuarters kerajaan

Iklan

PUTRAJAYA - Seorang pelajar lelaki Tingkatan Lima cedera selepas jatuh tergelincir dari tingkat lima ketika cuba memasuki rumahnya yang berkunci dengan memanjat tembok.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A Asmadi Abdul Aziz dalam satu kenyataan malam ini memaklumkan, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 petang tadi di Perumahan Penjawat Awam Malaysia (PPAM) Melinjau di Presint 11 di sini.

Iklan
Iklan

"Mangsa cuba memanjat balkoni pintu belakang rumah dan tergelincir jatuh dari tingkat lima akibat hujan lebat.

"Ketika itu, pintu berkunci dan kunci rumah ada pada ibu mangsa yang masih berada di bawah. Mangsa (cuba) memasuki rumah dengan memanjat tembok," katanya.

Iklan

Menurut Asmadi, mangsa yang juga anak seorang pegawai polis itu dilaporkan stabil dan masih dalam pemantauan doktor di Hospital Putrajaya kerana terdapat pendarahan di kepala

Beliau berkata, pembedahan akan dijalankan jika terdapat respons yang baik oleh mangsa. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!