Penjawat awam rugi lebih RM150,000 diperdaya phone scam

Iklan
Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon, Jumaat lepas. - Gambar hiasan

JOHOR BAHRU - Seorang penjawat awam mengalami kerugian RM150,600 selepas terperdaya dengan sindiket 'phone scam’ atau penipuan melalui panggilan telefon, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh berkata, wanita berusia 46 tahun itu menerima panggilan telefon daripada individu memperkenalkan diri sebagai pegawai perkhidmatan penghantar menyatakan kononnya dia mempunyai bungkusan mengandungi barangan peribadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, panggilan berkenaan kemudiannya disambungkan kepada suspek menyamar sebagai pegawai polis menyatakan kononnya dia terlibat dengan penggubahan wang haram dan boleh ditangkap.

"Mangsa telah diminta membuat bayaran dengan menggadaikan barang kemas miliknya di kedai pajak gadai bagi menyelesaikan kes terbabit.

Iklan

"Mangsa kemudiannya mengikut arahan mereka dan membuat 34 transaksi dalam talian ke empat akaun berlainan dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM150,600 sebelum membuat laporan polis semalam,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!