Perdagangan borong, runcit meningkat bukti ekosistem ekonomi progresif

Iklan
Armizan (depan) Foto Bernama

KANGAR - Nilai jualan perdagangan borong dan runcit yang meningkat sebanyak 5.2 peratus pada Mac tahun ini menunjukkan ekosistem perekonomian domestik negara berada dalam keadaan segar dan progresif.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, peningkatan itu turut membuktikan peranan dan tindakan dilaksanakan kementerian berada pada landasan yang betul.

Iklan
Iklan

"Peningkatan peratusan prestasi nilai jualan borong dan runcit itu membawa makna bahawa segala tindakan, pemantauan dan penguatkuasaan yang kita laksanakan berada pada landasan betul.

Khamis lepas, Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) menyatakan nilai jualan perdagangan borong dan runcit naik 5.2 peratus kepada RM145.7 bilion pada Mac tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas.

Iklan

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan berkata, ini adalah disebabkan oleh subsektor perdagangan runcit menokok 7.1 peratus atau RM4.2 bilion kepada RM62.8 bilion.

Dalam pada itu, Armizan menjelaskan, langkah kerajaan melaksanakan penyasaran semula subsidi bukan bermaksud kerajaan memotong atau memansuhkan subsidi sebaliknya bertujuan memastikan ia benar-benar sampai kepada golongan sasar.

Iklan

Menurut beliau, penyasaran semula subsidi juga akan membolehkan kerajaan meningkatkan jumlah pemberian tunai kepada rakyat.

Armizan berkata, kerajaan berpendirian bahawa langkah melaksanakan penyasaran semula subsidi mesti disertai dengan jaminan perlindungan dan bantuan sosial untuk rakyat.

Mengenai program Jelajah Karnival KPDN itu, beliau berkata, ia bertujuan ‘merakyatkan’ perkhidmatan dan peranan kementerian selain memberi peluang kepada rakyat memanfaatkan perkhidmatan ditawarkan.

Program Jelajah Karnival KPDN Tahun 2024 yang julung kali diadakan di Perlis itu merupakan pembuka tirai untuk siri jelajah program pembangunan perniagaan yang akan dianjurkan di seluruh negara antaranya Kelantan, Sarawak, Perak, Sabah dan Melaka bermula bulan ini hingga Disember. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!