PRK KKB: Sokongan pengundi berusia kepada PN meningkat

Iklan
Azmin

HULU SELANGOR - Meskipun gagal merampas kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu namun sokongan pengundi berusia kepada Perikatan Nasional (PN) meningkat.

Pengarah Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata, terdapat peningkatan undi kepada PN daripada pengundi saluran satu hingga tiga dalam PRK berkenaan.

Iklan
Iklan

"Kalau kita tengok lokaliti mengikut saluran satu hingga tiga, ia meningkat secara besar kepada PN.

"Maka dalam PRK ini kita telah berjaya memberikan penegasan kepada warga emas tentang dasar dan juga program PN,” katanya ketika ditemui di Bilik Gerakan Utama PN di Bandar Utama Batang Kali di sini pada malam Sabtu.

Iklan
Azmin

Bagaimanapun, Pengerusi PN Selangor itu berkata, berlaku sedikit penurunan undi kepada PN di saluran empat hingga enam tetapi sokongan pengundi tidak beralih kepada Pakatan Harapan (PH) kerana gabungan itu merekodkan penurunan undi yang lebih besar daripada PN.

Kata beliau, biarpun PH menang di kerusi tersebut, jumlah keseluruhan undi yang diperoleh gabungan parti kerajaan berkenaan menurun.

Iklan

"Kedudukan kita masih kuat, tidak terkesan dengan hanya penurunan 628 undi. Faktornya kerana peratusan keluar mengundi jatuh merudum daripada 69 peratus kepada 61 peratus.

"Penurunan sokongan berkenaan kecil berbanding penurunan peratusan mengundi," ujarnya

Sementara itu, mengenai pengundi Orang Asli yang didakwa memihak kepada PH, Azmin menjelaskan, kelebihan itu hanyalah sedikit jika dicerminkan dengan kadar pengundi di kawasan berkenaan.

"Bagi (undi) Orang Asli ini walaupun kita menang di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pertak pada Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu tapi di PRK, pihak sama telah ‘mengepung’. Begitupun saya kira itu terlalu kecil kerana hanya 400 pengundi.

"Secara keseluruhannya situasi ini tidak menjejaskan prestasi PN kerana jumlah di PDM Pertak itu hanya 413 pengundi sahaja," dakwanya.

Calon PH, Pang Sock Tao terdahulu dilapor berjaya mempertahankan kerusi Kuala Kubu Baharu menewaskan calon PN, Khairul Azhari Saut; Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!