Ribut solar 'ekstrem' ancam bumi?

Iklan
Cahaya utara atau aurora borealis muncul di kaki langit Vienna ketika ribut geomagnet pada Sabtu. - Foto AFP

WASHINGTON - Ribut solar paling kuat dalam tempoh lebih dua dekad menghentam bumi pada Jumaat dan turut menghasilkan cahaya aurora menakjubkan pada kaki langit dari Tasmania hingga Britain.

Pemandangan indah itu bagaimanapun ada 'bahaya tersembunyi' apabila ia dikhuatiri menyebabkan gangguan kepada satelit dan grid kuasa dijangka sehingga minggu depan.

Iklan
Iklan

Pentadbiran Lautan dan Atmosfera Kebangsaan (NOAA) turut mengeluarkan amaran ribut geomagnet teruk yang jarang berlaku apabila letusan solar tiba pada bumi.

"Beberapa lonjakan jisim korona (CMEs) atau penghamburan plasma dan medan magnet daripada matahari telah direkodkan. Ia kemudiannya dinaikkan kepada ribut geomagnet 'ekstrem'.

Iklan

"Ia adalah yang pertama sejak Ribut Halloween pada Oktober 2003 yang menyebabkan bekalan elektrik terputus di Sweden dan memusnahkan infrastruktur kuasa di Afrika Selatan,” jelasnya sambil menambah lebih banyak CMEs akan menghentam bumi dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Difahamkan, CMEs bergerak pada kelajuan lebih perlahan dengan purata semasa pada kadar 800 kilometer sesaat berbanding nyala suria yang berupaya tiba di bumi dalam tempoh kira-kira lapan minit.

Iklan

Pengguna media sosial bagaimanapun tidak menghiraukan bahaya ribut solar tersebut malah berkongsi imej aurora tersebut yang dapat dilihat dari utara Eropah dan Australasia. - AFP


INFO

Ribut geomagnet paling kuat pernah direkodkan dalam sejarah digelar sebagai Peristiwa Carriongton, diambil sempena nama angkasawan Britain, Richard Carrington yang berlaku pada September 1859.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!