Warga emas naik kerusi roda elektrik dari rumah ke pusat undi

Iklan
Rosli tiba di pusat undi SK Bandar Baru Batang Kali jam 7.45 pagi.

HULU SELANGOR - Seorang warga emas menaiki kerusi roda elektrik dari rumahnya di Seksyen 3 Bandar Utama Batang Kali ke pusat undi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Batang Kali di sini pada Sabtu.

Warga emas berkenaan, Rosli Sarif, 75, tiba jam 7.45 pagi dan menjadi individu pertama yang mendaftar di pusat undi berkenaan.

Iklan
Iklan

Rosli berkata, beliau telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi lebih 20 kali sejak berumur 21 tahun.

Rosli telah menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi lebih 20 kali sejak berumur 21 tahun.

"Ini adalah tanggungjawab kita sebagai warganegara untuk memilih pemimpin yang betul.

Iklan

"Kalau lihat keadaan sekarang semakin teruk dan tidak stabil serta berharap dapat kembali menjadi seperti dulu.

"Untuk dapat rawatan sekarang pun berbayar berbanding dahulu semuanya percuma," katanya yang menghidap strok dan sakit jantung.

Iklan

Sempena PRK Kuala Kubu Baharu, beliau mengajak pengundi muda mengambil peluang itu untuk memilih pemimpin yang tepat.

"Saya nasihatkan buat pengundi baru, fikir baik-baik. Jangan pentingkan diri sendiri kena mengundi untuk masa hadapan negara", katanya.

Rosli menaiki kerusi roda elektrik dari rumahnya di Seksyen 3 Bandar Utama Batang Kali ke pusat undi Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Baru Batang Kali di sini pada Sabtu.

Pusat undi SK Bandar Baru Batang Kali dibuka dari jam 8 pagi hingga 6 petang dan mempunyai 3,183 pengundi berdaftar.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!