RTM siar secara langsung 61 aksi Liga M 2024/2025

Iklan

PEMINAT sukan bola sepak tanah air berpeluang menyaksikan 61 perlawanan bola sepak Liga Malaysia (Liga-M) 2024/2025 yang akan disiarkan secara langsung di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Menurut Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam kenyataan hari ini, RTM selaku rakan penyiar eksklusif terrestrial badan pengendali liga itu membawakan secara percuma liputan secara langsung perlawanan melibatkan 52 perlawanan Liga Super, lapan perlawanan Piala FA dan perlawanan akhir Piala Malaysia menerusi saluran Okey dan Sukan RTM.

Iklan
Iklan

"RTM membawakan liputan secara langsung sukan utama kegemaran rakyat Malaysia bagi menyokong dan meniup semangat ke arah menaikkan mutu sukan bola sepak negara," menurut kenyataan itu.

Selain itu, peminat bola sepak tanah air juga boleh menonton aksi menarik bola sepak Malaysia di mana-mana sahaja secara lebih selesa dengan penstriman langsung di RTMKlik.

Iklan

"RTM membariskan pengulas-pengulas sukan berwibawa dan panel undangan terpilih yang sangat berpengalaman serta pakar dalam bidang sukan bola sepak tanah air demi merancakkan siaran.

"Di samping itu, pendekatan teknologi terkini dan kecerdasan buatan seperti Augmented Reality (AR) bakal digunakan sebagai pendekatan persembahan terbaharu khas sajian istimewa kepada penonton setia RTM," katanya.

Iklan

Saingan Liga Super bermula hari ini dengan tiga perlawanan berlangsung membabitkan PDRM FC menentang Kedah Darul Aman FC, Sri Pahang FC berdepan Kelantan Darul Naim FC dan Terengganu FC menghadapi saingan Perak FC. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!