Muhammad Khairi, Normawaty dinobat qari dan qariah Melaka 2024
Iklan
Muhammad Khairi (kanan) dan Normawaty menerima cek hadiah wang tunai RM8,000, pakej umrah dan piala iringan pada majlis penyampaian hadiah sempena Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran peringkat negeri 2024 di Auditorium Masjid Al Azim, Bukit Palah, malam tadi. - Foto: Bernama
MELAKA - Dua guru al-Quran dinobatkan sebagai johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah dan Hafazan Al Quran 2024 Peringkat negeri Melaka yang berlangsung Masjid Al Azim di sini malam tadi.
Muhammad Khairi Maidin, 25, dan Normawaty Sahat, 51, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM8,000, piala iringan dan pakej umrah yang disampaikan Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam.
Iklan
Iklan
Normawaty berkata, dia amat bersyukur dan sama sekali tidak menyangka memenangi pertandingan pada tahun ini selepas lima kali menyertai program tilawah itu sejak 2008.
"Saya bersyukur dengan ilmu al-Quran yang diajarkan oleh kedua orang tua sejak dahulu lagi, walaupun mereka tiada lagi kini tetapi ia amat bermanfaat untuk kehidupan," katanya.
Iklan
Normawaty berkata, selain mengajar mengaji di rumah, dia turut mengajar al-Quran kepada individu bekerja di industri secara persendirian dan membantu pelajar di sekolah yang menduduki ujian.
Sementara itu, Muhammad Khairi berkata, sejak kali terakhir menyertai tilawah pada 2020, dia banyak memperhalusi bacaannya dari semua sudut fasohah, taranum dan tajwid selain berjumpa dengan ramai guru untuk berlatih.
Iklan
Katanya yang mengajar al-Quran di sebuah sekolah di Selangor, dalam tempoh dua minggu sebelum bermulanya pertandingan tilawah peringkat kebangsaan dia berazam untuk memberikan yang terbaik dengan segala ilmu dipelajarinya.
Normawaty dan Muhammad Khairi akan mewakili Melaka ke Majlis Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Kebangsaan Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi di Kuantan, Pahang bermula 23 Mei ini.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
BERITA SEMASA 2 JUN 2024
Program 'Melaka Bila Larut Malam' yang pertama kali direalisasikan kerajaan negeri berjaya menarik 4,120 pengunjung dari pelbagai negeri ke Zoo Melaka pada malam Sabtu, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.
Tinjauan Sinar Harian mendapati seawal jam 8 malam, orang ramai telah mula membanjiri pekarangan Zoo Melaka untuk membuat bayaran tiket serendah RM10 seorang berbanding harga biasa mencecah lebih RM30.
Malah dalam tempoh 30 minit selepas kaunter tiket dibuka, lebih 500 tiket telah terjual sempena sambutan itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/667891/edisi/melaka-ns/melaka-bila-larut-malam-tarik-lebih-4000-pengunjung
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
#SinarHarian #BeritaSemasa #ZooMelaka