Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan takziah kepada keluarga Mutang

Iklan
Foto Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.

"Pemergian beliau ketika sedang berkhidmat untuk negara. Semoga keluarga mendiang tabah dalam menghadapi masa yang sukar ini. Salam takziah," titah Seri Paduka Baginda menerusi hantaran dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

Iklan
Iklan

Terdahulu Pejabat Yang Dipertua Dewan Negara mengesahkan Mutang, 69, meninggal dunia pada 11.46 pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN) di sini, selepas menerima rawatan di situ setibanya dari Azerbaijan pada 6 Mei lepas.

Mutang meninggalkan isteri, Datin Ho May Leng dan tiga anak.

Iklan

Pada 19 Februari lepas, bekas Ahli Parlimen Bukit Mas itu dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.

Pelantikan Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, Sarawak menjadi pemimpin pertama dari etnik Lun Bawang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!