KDA FC sasar tiga mata ke atas The Cops

Iklan
Nafuzi (kiri) semasa mengendalikan sesi latihan KDA FC bagi meningkatkan persefahaman di kalangan semua pemainnya. Foto KDA FC

KEDAH Darul Aman (KDA) FC mahu meraih tiga mata penting berdepan PDRM FC pada aksi pertama Liga Super 2024-2025 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, pada petang Sabtu.

Pengendalinya, Nafuzi Zain mengakui The Cops juga turut melakukan persiapan rapi dengan kemasukan pemain berkualiti pada musim ini sekaligus bakal memberikan tentangan sengit kepada pasukannya.

Iklan
Iklan

"Misi kami sudah pasti mahu mendapatkan tiga mata di tempat lawan dan melihat kepada persiapan yang dijalani pasukan selama ini, semuanya berjalan dengan lancar mengikut perancangan yang telah kami diaturkan.

"Saya yakin pemain telah bersedia sepenuhnya untuk memulakan aksi pertama ini dan saya berpesan kepada semua pemain agar dapat turun dan mempamerkan aksi penuh keyakinan pada aksi sulung pada musim ini," katanya mengulas perlawanan aksi pertama Sang Kenari pada saingan Liga Super musim ini.

Iklan

Nafuzi berkata, tiga mata pertama tersebut penting buat mereka selepas KDA FC telah ditolak tiga mata sebelum saingan bermula berikutan masalah tunggakan gaji yang dihadapi pada musim 2023.

Menurutnya, perkara tersebut perlu dilupakan segera dan semua pemain skuad Sang Kenari wajib memberikan perhatian dan aksi terbaik untuk meraih tiga mata penuh pada setiap perlawanan.

Iklan

"Pemotongan tiga mata itu perkara yang sudah pun berlalu dan tiada apa yang boleh mengubah keadaan. Oleh itu, kami mahu terus kuatkan semangat dan terus pandang ke depan untuk memulakan aksi musim baharu ini melalui tekad dan azam yang baharu.

"Cuma saya berharap tahap keyakinan semua pemain akan berada dalam keadaan terbaik bagi memulakan aksi pertama kami ini dengan memberi fokus sepenuhnya untuk membawa pulang tiga mata berharga," ujar beliau lagi.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!