Keputusan SPM kekal diumumkan pada 27 Mei - Fadhlina

Iklan
Fadhlina (kiri) bergambar bersama murid-murid pada Karnival HIP di Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Indah di sini, pada Jumaat.

NIBONG TEBAL - Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 kekal diumumkan pada 27 Mei depan seperti yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sebelum ini.

Menterinya, Fadhlina Sidek berkata, pihaknya mendengar semua pandangan yang dikemukakan pelbagai pihak dan ia selari dengan pandangan KPM terutamanya berkaitan kesejahteraan warga pendidik.

Iklan
Iklan

Menurutnya, guru-guru yang sudah merancang untuk bercuti pada tarikh berkenaan boleh meneruskan hasrat mereka malah pihak sekolah boleh menunda majlis sambutan meraikan keputusan pada suatu tarikh akan datang.

"Guru-guru yang telah pun merancang untuk bercuti teruskan tiada masalah, kita akan pastikan bahawa keputusan ini mereka akan dapat melalui atas talian atau kiriman pesanan ringkas (SMS) dan mana-mana yang tidak ada akses kepada atas talian dan SMS boleh dapatkan di mana-mana sekolah terdekat.

Iklan

Semalam, KPM dalam satu kenyataan memaklumkan keputusan peperiksaan SPM 2023 yang membabitkan 395,870 calon akan diumumkan pada 27 Mei ini bermula 10 pagi.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung NUTP, Fouzi Singon dalam satu kenyataan merayu agar keputusan SPM 2023 diumumkan lebih awal (23 Mei) memandangkan tarikh rasmi dikeluarkan KPM itu merupakan cuti sekolah.

Iklan

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal berkata, penetapan tarikh 27 Mei depan juga memberi peluang kepada pelajar untuk membuat persediaan untuk permohonan Unit Pusat Universiti (UPU).

"Pengeluaran keputusan SPM Tahun 2023 pada 27 Mei adalah berdasarkan ketetapan tempoh yang diperlukan oleh Lembaga Peperiksaan untuk memproses keputusan peperiksaan dengan teliti dan tepat.

"Tempoh ini penting untuk memastikan maklumat tersebut adalah tepat sebelum diserahkan kepada pihak berkeperluan seperti UPU, Bahagian Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia bagi tujuan kemasukan calon lepasan SPM pada peringkat lebih tinggi," katanya lagi.

Keputusan SPM 2023 boleh diperoleh menerusi 3 kaedah:

- Secara fizikal dengan hadir ke sekolah.

- Secara dalam talian.

- Menerusi sistem pesanan ringkas (SMS).

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!