[VIDEO] Malaysia harus bina ekosistem mantap pacu perkembangan AI - PM

Iklan

KUALA LUMPUR - Malaysia harus bergerak pantas membina ekosistem yang mantap bagi memacu perkembangan dan penggunaan teknologi kecerdasan buatan (AI) dalam era pasca normal pada masa ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Beliau berkata, selepas setahun setengah menerajui kerajaan, beliau melihat cabaran negara adalah kesungguhan untuk meneroka pemikiran baharu dan melaksanakannya dengan pantas.

Iklan
Iklan

"Saya tegaskan kita tidak boleh dengan pendekatan lama. Kalau kita rasa perlu tambah jurutera harus ada pendekatan segera kerana dalam pasca normal ini, memaksa dan menuntut kita membuat perubahan dengan pantas dan cepat,” katanya semasa melancarkan Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 (MY AI NEXUS 2024) di sini pada Jumaat.

Iklan
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim diiringi Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir ketika melawat tapak pameran pada Majlis Peluncuran Malaysia Artificial Intelligence Nexus 2024 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia pada Jumaat. Foto Bernama

Anwar turut menggariskan empat teras ekosistem berkenaan iaitu tadbir urus AI (AI governance) untuk memastikan ekosistem inovasi AI yang sistematik di samping pemangkin AI melalui Malaysia Artificial Intelligence Consortium (MAIC) bagi memastikan penyelarasan dalam bidang pendidikan, pembangunan dan aplikasi AI.

Iklan

Selain itu pembangunan industri AI melalui kerjasama dengan syarikat multinasional dan keempat, bakat AI yang merangkumi profesional dan inividu berkemahiran melalui program pendidikan dan latihan serta kerjasama industri dengan akademia.

Turut hadir Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil, Menteri Digital Gobind Singh Deo serta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang.