PRK KKB: Kemenangan calon PH penting demi pembangunan

Iklan
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke berucap pada Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale PRK N.06 Kuala Kubu Baharu di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu malam tadi. Foto Bernama

HULU SELANGOR - Kemenangan calon Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu penting buat semua pengundi di kawasan ini.

Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, dengan kemenangan itu membolehkan calonnya, Pang Sock Tao menjadi jambatan antara antara kerajaan negeri dan Pusat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, pemilihan wakil rakyat daripada Kerajaan Perpaduan itu juga turut membolehkan lebih banyak pembangunan dilaksanakan demi kepentingan rakyat di kawasan berkenaan.

"Calon yang kita angkat bukan sahaja wanita dan anak muda tapi beliau mampu berucap dengan baik di atas pentas.

Iklan

"Jadi, tiada masalah untuk bagi harapan dan keyakinan kepada beliau (jadi wakil rakyat). Beliau boleh bersuara mewakili semua kaum dan masyarakat," katanya ketika program Ceramah Mega Perpaduan Grand Finale di Stadium Mini Kuala Kubu Baharu di sini malam Khamis.

Turut hadir, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari; Pengerusi DAP, Lim Guan Eng; Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)Datuk Seri Dr Mujahid Yusof serta Setiausaha Agung Barisan Nasional, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Iklan

Anthony dalam masa sama turut menggesa pengundi DUN Kuala Kubu Baharu supaya menolak politik perkauman yang dibawa pihak pembangkang.

Menurutnya, politik sedemikian bukan ahaja boleh merosakkan negara tetapi turut memecahbelahkan rakyat.

"Jangan kita lupa bahawa asas kenegaraan adalah kerjasama antara kaum dan agama. Inilah semangat yang ditunjukkan Kerajaan Perpaduan iaitu politik permuafakatan.

"Berbeza dengan mereka (pembangkang) yang berkempen atas dendam, perkauman. Modal mereka hanya perkauman.

"Betul calon kita Cina tapi yang penting jiwa Malaysia," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!