Pekerja kedai didakwa rogol remaja 15 tahun di hotel

Iklan
Mohamad Daniel Aiman (tengah) mengaku tidak bersalah atas tuduhan merogol di Mahkamah Sesyen di sini, pada Jumaat.

MELAKA - Seorang pekerja kedai serbaneka didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat atas tuduhan merogol seorang remaja berusia 15 tahun.

Mohamad Daniel Aiman Mohd Izwan Azizy, 19, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Azaraorni Abd Rahman.

Iklan
Iklan

Mengikut pertuduhan, dia didakwa telah merogol seorang perempuan berusia 15 tahun di sebuah hotel di sini, kira-kira jam 11 malam, pada 3 Mei lalu.

Pertuduhan bagi kesalahan itu dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebat, jika sabit kesalahan.

Iklan

Timbalan Pendakwa Raya dikendalikan oleh Rashidah Baharom mencadangkan jaminan RM20,000 dengan seorang penjamin beserta syarat tambahan tertuduh dilarang mengganggu mangsa dan saksi pendakwaan sehingga kes selesai.

Tertuduh yang diwakili Peguam Azlinie Othman merayu jaminan rendah dengan alasan tertuduh hanya bekerja sebagai pembantu jualan dengan pendapatan bulanan sekitar RM1,500.

Iklan

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh dijamin RM7,000 dengan seorang penjamin dan membenarkan syarat tambahan yang dipohon pihak pendakwaan.

Mahkamah turut menetapkan 10 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!