Pelajar 14 tahun maut kemalangan

Iklan
Seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun maut sementara rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta

KOTA TINGGI - [DIKEMAS KINI] Seorang pelajar sekolah berusia 14 tahun maut sementara rakannya cedera dalam kemalangan melibatkan sebuah kereta di kilometer (KM) 1.0 Jalan Bandar Penawar- Punggai, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora, pihaknya menerima maklumat berhubung kemalangan tersebut di lokasi berkenaan sekitar jam 6.50 petang daripada orang awam.

Iklan
Iklan

"Siasatan mendapati kemalangan melibatkan dua kenderaan iaitu kereta jenis KIA RIO yang dipandu seorang wanita warga tempatan berusia 22 tahun dan motosikal jenis Ego Solariz yang ditunggang dua pelajar lelaki berkenaan.

"Kemalangan tersebut mengakibatkan penunggang motosikal Ego Solariz mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pembonceng motosikal patah tangan kiri dan pemandu kereta KIA RIO tidak mengalami sebarang kecederaan.

Iklan

"Pelajar yang cedera kini dirawat di Hospital Kota Tinggi dan kes masih dalam siasatan polis,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Kes disiasat di bawah SEksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Iklan

Jika disabitkan kesalahan, penjara minimum lima tahun dan maksimum 10 tahun serta denda RM20,000 hingga 50,000 dan hilang kelayakan memegang lesen memandu selama tempoh tidak kurang lima tahun.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!