Romlee ‘buat muka’ dalam TikTok, raih perhatian netizen

Iklan
Wan Yusmanira bersama Romlee yang gemar melakukan muka pelik ketika dirakam atau membuat kandungan untuk aplikasi TikTok.

SHAH ALAM - Sudah menjadi tabiat seekor kucing berwarna oren atau dikenali sebagai ‘oyen’ untuk membuat gelagat dan tingkah laku yang mampu mencuit hati penggemar kucing di seluruh negara.

Kucing oren yang dinamakan Romlee berumur 11 tahun itu juga tidak kalah dengan tingkah lakunya yang berjaya menarik perhatian pengguna media sosial kerana suka membuat muka pelik apabila dirakam oleh tuannya, Wan Yusmanira Enche Khawari.

Iklan
Iklan

Wan Yusmanira, 21, berkata, dia merakam kandungan TikTok bagi mencipta kenangan sekiranya ada perkara tidak diingini berlaku kepada kucing kesayangannya itu.

Tambahnya, apabila Romlee suka membuat muka pelik dalam rakaman video, perkara tersebut sering disalahertikan oleh pengguna platform berkenaan.

Iklan
Wan Yusmanira (kiri) dan Romlee (kanan).

"Ia memang suka buat muka pelik ibarat saya bagi ubat tidur, tapi saya tidak buat apa-apa pun sebelum mulakan rakaman.

"Romlee malas melayan setiap kali nak buat kandungan TikTok, jadi saya akan bawanya ke meja makan lalu berdirikan di sebelah, jadi ia mula melentokkan kepala di atas bahu serta melekatkan kepalanya pada pipi saya sambil menjelirkan lidah.

Iklan

"Tetapi, Romlee sebenarnya kucing yang normal dan sangat kuat bergaduh di belakang kamera,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Rabu.

Menurut Wan Yusmanira atau lebih mesra dipanggil Intan, keluarganya membela sebanyak 18 ekor kucing dengan pelbagai gelagat yang tidak boleh digambarkan kenakalan, kecomelan serta kebijaksanaan haiwan peliharaan itu.

Jelasnya, hanya Romlee yang dipilih sebagai pasangan dalam kandungan video kerana ia sangat unik seperti pandai membuat muka kelakar dan secara automatik akan berdiri di sebelah tanpa paksaan.

"Romlee memang senang untuk dipakaikan baju sebab ia sejenis kucing yang reda.

"Kalau kucing lain, mereka akan takut atau terus berlari kalau saya nak pakaikan baju ke mereka,” tambahnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!