Dua kilang diserbu, 52 warga asing ditahan

Iklan
Sebahagian warga asing yang diperiksa dalam Ops Mahir sekitar Iskandar Puteri. Foto JIM Johor

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor menahan 52 warga asing dan dua warga tempatan yang merupakan pengurus serta pengarah syarikat dalam serbuan berasingan di kilang roti dan aluminium dekat sini pada Rabu.

Pemangku Pengarah JIM Johor, Mohd Faizal Shamsudin berkata, dalam Ops Mahir yang dijalankan kira-kira jam 11 pagi itu, seramai 76 warga asing dan tempatan telah diperiksa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, tindakan diambil susulan maklumat awam berhubung warga asing yang disyaki bekerja tanpa pas atau permit di kilang terbabit.

"Dalam operasi di kilang aluminium, seramai 10 lelaki warga Bangladesh, 10 lelaki warga Pakistan, empat lelaki China dan tiga lelaki warga Myanmar berumur 20 hingga 46 tahun ditahan.

Iklan

"Sementara dalam operasi di kilang roti pula, seramai 14 lelaki dan sembilan wanita warga Myanmar, dua lelaki warga Pakistan serta seorang warga Nepal masing-masing berusia 21 hingga 42 tahun ditahan.

Imigresen Johor ketika menjalankan Ops Mahir di sekitar Iskandar Puteri. Foto JIM Johor

"Turut ditahan seorang wanita warga tempatan berusia 43 tahun yang merupakan pengurus kilang aluminium dan seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang merupakan pengarah syarikat kilang roti," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Iklan

Beliau berkata, warga yang ditahan dipercayai dengan munasabah telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tidak memiliki sebarang pas atau permit yang sah untuk berada di Malaysia; Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155) kerana tinggal lebih masa dan Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat pas yang ditetapkan.

"Sebanyak tiga notis hadir ke pejabat turut dikeluarkan kepada individu yang terbabit dalam operasi itu bagi membantu siasatan," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!