Aksi perlu diteruskan - Tunku Mahkota Ismail

Iklan
Tunku Mahkota Ismail

KETIKA Selangor FC (SFC) kekal dengan keputusan menarik diri daripada saingan Piala Sultan Haji Ahmad Shah, pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT), Tunku Mahkota Ismail Sultan Ibrahim memberi bayangan aksi itu wajar diteruskan.

Menerusi satu hantaran di laman sosial, Tunku Ismail berkongsi satu hantaran dalam bahasa Inggeris bermaksud persembahan mesti diteruskan, seolah-olah memberi reaksi berhubung isu berkenaan.

Iklan
Iklan

"In life, the show must go on," katanya sambil menulis tanda pagar #thegameisrigged #whatcanyoudo," catat bagi menerusi hantaran di Instagram baginda pada Khamis.

Terbaharu, Liga Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis memutuskan bahawa perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan.

Iklan

Pembatalan tersebut selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan tersebut bagi menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

MFL menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL.

Iklan

Terdahulu Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan rasa kecewa susulan keputusan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang meneruskan pertemuan kedua-dua pasukan itu.

Dalam satu kenyataan, baginda memberi sokongan penuh di atas keputusan Selangor FC yang memutuskan menarik diri daripada aksi pembuka tirai Liga Malaysia (Liga M) yang dijadualkan pada Jumaat.

Baginda bertitah, keputusan skuad Gergasi Merah untuk tidak menyertai perlawanan itu adalah tepat susulan beberapa insiden mengancam nyawa membabitkan pemain dan pegawai terbabit, baru-baru ini.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!