[VIDEO] Piala Sumbangsih: Selangor FC tarik diri, JDT dapat tiga mata

Iklan

LIGA Bolasepak Malaysia (MFL) pada Khamis memutuskan bahawa perlawanan Sumbangsih bagi merebut Piala Sultan Haji Ahmad Shah di Stadium Sultan Ibrahim pada Jumaat dibatalkan.

Pembatalan tersebut selepas Selangor FC membuat keputusan untuk tidak hadir ke perlawanan tersebut bagi menentang juara Liga Super, Johor Darul Ta'zim (JDT).

Iklan
Iklan

MFL menerusi satu kenyataan memaklumkan keputusan Selangor FC itu dimaklumkan menerusi surat rasmi yang dihantar kepada MFL.

Kenyataan media MFL berhubung pembatalan aksi Piala Sumbangsih.
Kenyataan media MFL berhubung pembatalan aksi Piala Sumbangsih.

"Penarikan diri Selangor FC sekali gus menyaksikan JDT bakal diberikan kemenangan ‘walkover’ dengan jaringan 3-0 dan mendapat tiga mata bagi perlawanan Liga Super.

Iklan

"Perkara-perkara lain juga berkenaan penarikan diri itu akan dibawa ke peringkat Ahli Lembaga Pengarah MFL bagi tindakan selanjutnya," ujar MFL menerusi satu kenyataan pada Khamis.

Selangor FC sebelum ini memohon MFL menunda Piala Sumbangsih atas alasan keselamatan susulan insiden simbah asid ke atas Faisal selain ugutan yang diterima oleh beberapa orang pengurusan kelab itu.

Iklan

MFL bagaimanapun menolak permohonan tersebut sekali gus menyebabkan Selangor FC membuat keputusan untuk menarik diri mengambil kira insiden jenayah serta ancaman yang melibatkan beberapa pemain dan pegawai pasukan dalam tempoh 72 jam.

Susulan penarikan diri itu, JDT yang kecewa dengan keputusan itu berharap Selangor FC dapat mempertimbangkan semula keputusan tersebut kerana polis telah memberikan jaminan keselamatan pasukan, pemain dan penyokong pada hari perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!