Rawatan Faisal Halim masuki fasa baharu

Iklan
Rawatan pemain Selangor FC, Faisal Halim memasuki fasa baharu iaitu rekronstruktif selepas kejayaan dua pembedahan sebelum ini.

RAWATAN pemain Selangor FC, Faisal Halim memasuki fasa baharu iaitu rekronstruktif selepas kejayaan dua pembedahan sebelum ini.

Ketua Perubatan Sukan Selangor FC, Dr Muhammad Hazwan Khair berkata, rawatan pada fasa ini akan menjadi lebih ketat untuk mengelakkan sebarang komplikasi terhadap Faisal.

Dr Muhammad Hazwan

Iklan
Iklan

"Apabila masuk fasa ini, ia akan lebih ketat dari segi rawatan dan sebagainya. Jadi kita akan hadkan sebarang sentuhan untuk elakkan komplikasi.

"Buat sementara waktu ini kita tidak akan dengar banyak sangat perkembangan sebab siri pembedahan yang sudah dirancang ini akan mengikut jadual yang ditetapkan," katanya selepas melawat Faisal di hospital pada Khamis.

Iklan

Pembedahan rekonstruktif merupakan pembedahan khusus melibatkan pembaikan dan pemulihan struktur anggota badan.

Sebelum ini, Faisal yang mengalami kelecuran tahap empat akibat disimbah asid di sebuah pusat membeli belah di Petaling Jaya.

Iklan

Faisal yang juga pemain sayap kebangsaan sudah melalui dua pembedahan dan keadaannya positif.

Dalam pada itu, Dr Muhammad Hazwan berkata, pihak Selangor FC berpuas hati dengan perkembangan sepanjang rawatan itu.

"Seperti dimaklumkan semalam, keadaan Faisal stabil. Keadaan lukanya serius tetapi selepas pembedahan kedua kita boleh nampak bahawa perkembangan seperti dirancang.

"Jadi kita sangat berpuas hati dan akar bedah pun gembira dengan perkembangan ditunjukkan Faisal," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!