[VIDEO] Manifesto PN hasil keluhan rakyat, bukan 'ciplak' PH - Khairul Azhari

Iklan
Khairul Azhari menunjukkan manifesto PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu yang dilancarkan.

HULU SELANGOR - Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menafikan dakwaan ‘menciplak’ manifesto calon Pakatan Harapan (PH), Pang Sock Tao.

Pemangku Ketua Bersatu Hulu Selangor itu menegaskan, manifesto yang dilancarkan Isnin lalu itu adalah hasil keluhan daripada pelbagai pihak di Kuala Kubu Baharu yang mahukan perubahan di kawasan tersebut.

Iklan
Iklan

"Bukan (tiru manifesto PH), ini hasil pertemuan bersama dengan akar umbi.

"Sebenarnya, manifesto ini (idea) dapat hasil keluhan pengundi di Kuala Kubu Bharu,” katanya pada sidang akhbar selepas Ceramah Imum PN di Batang Kali, malam Rabu.

Iklan

Sebelum ini Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, Thulsi Manogaran mendakwa, manifesto yang diperkenalkan Khairul Azhari diciplak ekoran hampir sama dengan manifesto PH yang dilancarkan lebih awal.

Iklan
Khairul Azhari menunjukkan manifesto PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu yang dilancarkan.

Sementara itu ketika ditanya mengenai kemungkinan akan berhadapan kesukaran dari segi peruntukan ekoran berstatus pembangkang sekiranya menang pada PRK itu, Khairul Azhari berkata, beliau akan menggunakan saluran yang tepat bagi memastikan keperluan rakyat dapat perhatian kerajaan negeri Selangor.

"Kita di pihak pembangkang mempunyai pelbagai idea dan cara untuk mengetengahkan perjuangan rakyat di Kuala Kubu Baharu.

"Bagaimanapun, terpulang kepada masyarakat di sini dapat terima atau tidak sebab kita sebagai pembangkang akan buat yang terbaik,” ujarnya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!