17 premis digempur, 39 PATI ditahan

Iklan
Jabatan Imigresen Perak turut menjalankan pemeriksaan di premis-premis makanan di Ipoh. Foto: ihsan Imigresen Perak

IPOH - Seramai 39 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan Jabatan Imigresen Malaysia (Imigresen) Perak dalam serbuan di 11 premis perniagaan dan enam kediaman sekitar daerah Kinta di sini.

Serbuan Op Belanja, Op Pandan, Op Selera Minyak, Op Mahir dan Op Sapu dijalankan oleh Unit Risikan dan Operasi, Bahagian Penguatkuasa JIM Perak bermula jam 11 pagi Selasa hingga 2.30 pagi pada Rabu.

Iklan
Iklan

Pengarah Imigresen Perak, Meor Hezbullah Meor Abd Malik berkata, seramai 18 orang pegawai digerakkan dengan menjalankan pemeriksaan ke atas 101 warga asing serta menahan 33 lelaki dan enam wanita.

Sebahagian 39 PATI ditahan dalam pemeriksaan di sebuah premis dalam daerah Kinta. Foto: ihsan Imigresen Perak

"Kesemua mereka yang ditahan adalah terdiri daripada empat lelaki warga Bangladesh, lapan lelaki warga India, seorang lelaki warga Pakistan, 17 lelaki dan tiga wanita warga Myanmar dan tiga lelaki serta tiga wanita warga Indonesia.

Iklan

"Kesemua tangkapan ditahan di Depot Imigresen Ipoh bagi tujuan siasatan dan tindakan lanjut," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Rabu.

Menurut beliau, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen1959/63 iaitu masuk dan berada di Malaysia tanpa pas yang sah.

Iklan
Pegawai Imigresen Perak menjalankan pemeriksaan di sebuah premis di daerah Kinta sebelum ditahan. Foto: ihsan Imigresen Perak

"Siasatan turut dijalankan mengikut Seksyen 15(1)(c) akta yang sama iaitu telah tinggal di Malaysia selepas tamat tempoh pas sah yang dikeluarkan dan kesalahan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 iaitu melanggar syarat Pas yang telah dikeluarkan.

"Masyarakat diharapkan dapat terus membuat aduan bagi membanteras kebanjiran PATI serta akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana majikan atau individu yang menggaji serta melindungi PATI," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!