Saksi diminta tampil bantu polis kesan pemandu treler

Iklan
Mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

PETALING JAYA - Polis sedang mengesan pemandu treler bagi membantu siasatan kes kemalangan yang menyebabkan kematian seorang lelaki di Kilometer 14.5 Lebuhraya Lembah Klang Baru (NKVE) menghala ke Meru, awal pagi Ahad lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi itu, mangsa Syafiq Hashim, 22, yang menunggang sebuah motosikal jenis Yamaha Lagenda 115Z meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Selangor, Superintendan Azman Shari'at berkata, mangsa dikatakan bergesel dengan sebuah treler hingga menyebabkannya terjatuh.

"Mangsa dipercayai dalam perjalanan dari Damansara menghala ke Meru, Klang.

Iklan

"Namun, sebaik tiba di lokasi, motosikal dipandu mangsa dikatakan bergesel dengan treler berkenaan menyebabkan dia terbabas ke jalan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan di beberapa anggota badan," katanya.

Azman berkata, difahamkan pemandu treler berkenaan beredar sejurus kejadian terbabit.

Iklan

Katanya, mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk tindakan lanjut.

Justeru, polis meminta mana-mana saksi yang melihat kejadian untuk tampil menyalur maklumat bagi membantu siasatan.

"Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian boleh hubungi Pegawai Penyiasat Inspektor R Navalan di talian 014-2536820," katanya.