Jarak penginapan di Madinah hanya 150 meter

Iklan
Jarak hotel penginapan hanya memerlukan jemaah berjalan kaki kurang daripada 5 minit.

MADINAH - Jemaah haji di Madinah boleh menarik nafas lega kerana jarak antara hotel penginapan ke Masjid Nabawi hanya 150 meter yang mengambil masa lima minit berjalan kaki.

Pengurus Pusat pengurusan Zon 2 Madinah, Imran Mohamad Hayat berkata, jarak yang dekat ini akan memudahkan perjalanan jemaah haji terutama yang berusia dan kurang berkeupayaan.

Iklan
Iklan

"Jarak hotel ke masjid hanya 150 meter yang mengambil masa lima minit perjalanan dijangka memudahkan perjalanan jemaah terutama yang berusia,” katanya dalam sidang akhbar.

Menurutnya, di Madinah terdapat dua pusat pengurusan zon iaitu pusat pengurusan zon satu dan pusat pengurusan zon dua.

Iklan
Imran

"Pusat pengurusan zon satu terdiri daripada Hotel Movenpick dan Hotel Saja Al Madinah, manakala zon dua mempunyai satu hotel iaitu Hotel Emmar Royal,” jelasnya.

Tambah Imran, antara perkhidmatan yang disediakan adalah membawa jemaah haji melaksanakan program ziarah dalam di Masjid Nabawi termasuk menziarahi makam Rasulullah SAW dan ziarah Raudah.

Iklan

"Cuma dalam melaksanakan ziarah makam Rasulullah dan ziarah Raudah ini bergantung kepada kebenaran yang diberikan oleh Kementerian Haji Arab Saudi,” ulasnya.

Pusat pengurusan zon dua hanya mempunyai satu hotel iaitu Hotel Emaar Royal.

Ujarnya, pihak pengurusan zon juga menyediakan kerusi roda untuk jemaah haji yang telah berusia selain menghadapi masalah bergerak sendiri untuk ziarah ke masjid.

"Setiap zon juga menyediakan petugas kesihatan yang memberi perkhidmatan kesihatan serta pembimbing ibadah haji tanah suci TH dan makanan,” katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!