Siasatan kes pembunuhan Zayn Rayyan masih aktif

Iklan
Mohd Shuhaily (kiri) dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Siasatan kes pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, Disember lalu masih aktif.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata, polis tidak pernah menutup kes terbabit dan masih menanti petunjuk baharu.

Iklan
Iklan

"Seperti yang selalu saya katakan, kita tidak pernah tutup mana-mana kes. Kes kini menantikan petunjuk baharu, namun malang sekali, selepas ganjaran ditawarkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pun kami tidak menerima petunjuk baharu.

"Saya faham masyarakat tak puas hati dengan perkembangan kes ini, tetapi macam saya sebut kita tak pernah lupa kes itu dan itu adalah 'hutang' saya kepada masyarakat,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman pada Rabu.

Iklan

Mengulas lanjut, Mohd Shuhaily berkata, beliau juga secara peribadi masih berharap ada sinar dalam kes pembunuhan adik Zayn Rayyan.

Ujarnya, pihak polis sehingga hari ini juga masih turun ke lapangan.

Iklan

"Polis telah cuba yang terbaik, kita harap kes ini masih ada sinar," katanya.

Pada 5 Disember tahun lepas, Sinar Harian melaporkan Zayn Rayyan dilaporkan hilang di Damansara Damai, Kuala Lumpur sebelum ditemukan meninggal dunia berhampiran aliran anak sungai, kira-kira 200 meter dari blok rumahnya di Apartment Idaman, Petaling Jaya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!