Silva balik kampung

Iklan
Thiago Silva

TONGGAK pertahanan tengah Chelsea, Thiago Silva akan kembali ke kelab kampung halamannya Fluminense, kata pasukan Serie A Brazil itu.

Silva, yang bulan lalu mengumumkan akan meninggalkan Chelsea selepas empat tahun di London memulakan karier di Fluminense yang berpangkalan di Rio de Janeiro pada 1998.

Iklan
Iklan

Dia kemudian kembali sekali lagi ke Fluminense untuk tempoh tiga tahun sebelum menyertai kelab Itali, AC Milan pada 2009.

"Saya akan pulang," kata Silva dalam catatan Instagram.

Iklan

Pemain berusia 39 tahun itu mempunyai 113 penampilan bersama Brazil merupakan sebahagian anggota Paris Saint-Germain (PSG) yang menjulang tujuh kejuaraan Ligue 1 sebelum menyertai Chelsea dan memenangi Liga Juara-Juara pada musim sulungnya.

"Pemain itu akan tiba di Rio de Janeiro untuk menyertai skuad yang diketuai jurulatih Fernando Diniz dalam masa sebulan.

Iklan

"Pemain itu tidak akan dapat bermain untuk kelab itu sehingga 10 Julai apabila jendela perpindahan antarabangsa dibuka,” kata Fluminense dalam satu kenyataan.

Sebagai rekod, Chelsea, kini menduduki tangga ketujuh Liga Perdana Inggeris yang berbaki tiga perlawanan.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!