Elak pakai anting-anting, rantai di luar tudung

Iklan
KEPADA para wanita, elakkan daripada memakai rantai dan subang di luar tudung kerana ada tegahan perkara itu dalam Islam. -Gambar hiasan/ Foto: Canva

SUDAH ayu berhijab, tetapi kelihatan pula anting-anting terjojol di luar tudung. Itu belum lagi rantai labuh yang dipakainya. Terlihat begitu ketara pada penampilannya.

Kepada mereka terutama kaum Hawa yang gemarkan perhiasan sebegitu, sebaiknya segera singkirkannya jauh-jauh.

Iklan
Iklan

Tiada masalah andai ia mahu dipakai di dalam tudung, tetapi elakkanlah daripada memakai subang atau rantai di luar hijab masing-masing.

Ini kerana terdapat larangan dan tegahan berbuat demikian dalam Islam.

Iklan

"Malah, ia sangat hampir dengan isu tabarruj,” katanya dipetik menerusi hantaran di platform X miliknya baru-baru ini.

Justeru, beliau menasihatkan agar kita sedaya upaya mengelakkan diri daripada berpakaian sedemikian.

Iklan

"Apatah lagi, pemakaian seperti itu bukanlah untuk menghalang kekusaman atau kepucatan, tetapi hanya sebagai perhiasan tambahan sahaja,” katanya.

Sementara itu, pendakwah Ustaz Mustafar Mohd Suki menjelaskan, perhiasan pada asalnya merupakan perkara yang diharuskan oleh syarak bagi wanita.

USTAZ MUSTAFAR

Namun begitu, katanya, terdapat syarat-syarat tertentu sebagaimana digariskan oleh ALLAH SWT menerusi dalil dalam Surah an-Nur, ayat 31.

"Perhiasan disembunyikan itu termasuklah subang, rantai leher dan sebagainya,” katanya.