Jualan Rahmah rekod jualan RM4.5 juta - Exco

Iklan
Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan yang ke-15 hari ke tiga pada Rabu.

SEREMBAN - Program Jualan Rahmah di Negeri Sembilan merekodkan nilai jualan sebanyak RM4.5 juta bagi tempoh bermula Januari sehingga 7 April lepas.

Exco Keusahawanan, Sumber Manusia, Perubahan Iklim, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, lebih RM1.6 juta telah dibelanjakan untuk subsidi program jualan itu yang memberi manfaat kepada lebih 130,000 orang rakyat di negeri ini.

Iklan
Iklan

"Dalam tempoh tersebut, sebanyak 156 Jualan Rahmah telah dilaksanakan di seluruh 36 Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam Negeri Sembilan dengan 121 model pelaksanaan dalam premis.

"Selain itu, sembilan pelaksanaan jualan tersebut dilakukan secara terbuka atau premium dan 26 pelaksanaannya secara bergerak," katanya.

Iklan

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Suhaimizan Bizar (BN-Gemencheh) berhubung Program Jualan Rahmah di negeri ini pada Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan yang ke-15 hari ke tiga di sini pada Rabu.

Veerapan berkata, pada tahun lalu pula sebanyak 300 Jualan Rahmah telah dilaksanakan di seluruh DUN berkenaan dengan 191 model pelaksanaan dalam premis, lima pelaksanaan secara terbuka dan 104 pelaksanaan secara bergerak.

Iklan

Sementara itu, berhubung soalan kewajaran pelbagaikan barang-barang yang tidak tersenarai sebelum ini agar rakyat mampu membuat pilihan dalam berbelanja, Veerapan berkata, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dengan kerjasama rakan strategik terbuka untuk menerima sebarang pandangan dan cadangan.

"Ia bagi mempelbagaikan item jualan bagi memenuhi permintaan dan keperluan masyarakat setempat di setiap lokasi pelaksanaan Program Jualan Rahmah," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!