AstraZeneca tarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia

Iklan
Syarikat farmaseutikal gergasi vaksin Covid-19, AstraZeneca menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

SYARIKAT farmaseutikal gergasi vaksin Covid-19, AstraZeneca menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

Ini selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya.

Iklan
Iklan

Bagaimanapun, syarikat gergasi farmasi itu berkata bahawa vaksin itu dikeluarkan daripada pasaran atas sebab komersial.

Vaksin itu juga tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU) memandangkan syarikat itu secara sukarela menarik balik 'kebenaran pemasarannya'.

Iklan

Permohonan pengeluaran telah dikemukakan pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada hari Selasa.

Permohonan pengeluaran yang sama akan dikemukakan di United Kingdon (UK) dan negara lain yang sebelum ini telah meluluskan vaksin, yang dikenali sebagai Vaxzevria.

Iklan

Menyebut keputusan itu 'semata-mata kebetulan', gergasi farmasi itu menegaskan bahawa penarikan vaksin tidak dikaitkan dengan pengakuannya bahawa ia boleh menyebabkan Sindrom Thrombosis Thrombocytopenia (TTS). - Awani/Agensi

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!