Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan

Iklan
Penggubalan itu akan mencakupi perkara berkaitan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat dan lain-lain bagi tujuan diputuskan oleh Kementerian Kewangan. Gambar FB Tan Sri Mohd Zuki Ali

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang pada Selasa bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.

Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan hari ini memaklumkan penggubalan itu akan mencakupi perkara berkaitan pinjaman, pelaburan, penubuhan anak syarikat dan lain-lain bagi tujuan diputuskan oleh Kementerian Kewangan.

Iklan
Iklan

"Kerajaan memandang serius isu kelemahan tata kelola dalam pengurusan Entiti Berkepentingan Kerajaan yang menyebabkan ketirisan wang awam, salah guna kuasa dan menjejaskan imej negara.

Kenyataan itu memaklumkan mesyuarat hari ini juga telah mendengar pembentangan daripada Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) berhubung isu kematian dalam lokap dan langkah pencegahan yang dicadangkan.

Iklan

"Justeru, mesyuarat bersetuju supaya satu pasukan petugas khas ditubuhkan oleh EAIC bagi pelaksanaan syor-syor Jawatankuasa Kajian Terhadap Kes Kematian Dalam Tahanan Dan Mengenal Pasti Cadangan Langkah Pencegahan berhubung aspek penambahbaikan perundangan.

"Ini termasuk Prosedur Operasi Standard (SOP) dan infrastruktur untuk diteliti oleh entiti kawal selia masing-masing serta dilaksanakan oleh agensi-agensi penguatkuasaan di bawah bidang kuasa masing-masing bagi memastikan isu hak asasi manusia terpelihara selaras dengan prinsip tata kelola baik negara," katanya. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!