DSA: Korea-Malaysia teroka kerjasama bidang baharu industri pertahanan

Iklan
Mohamed Khaled menerima kunjungan hormat Menteri Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan (DAPA) Korea, Mej Jen (B) Seok Jong Gun. Foto Bernama

KUALA LUMPUR - Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin pada Selasa menerima kunjungan hormat Menteri Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan (DAPA) Korea, Mej Jen (B) Seok Jong Gun.

Kementerian Pertahanan dalam kenyataan memaklumkan pertemuan di luar pameran Perkhidmatan Pertahanan Asia (DSA) dan Keselamatan Negara (NATSEC) Asia 2024, di sini, itu antara lain bagi membincangkan hala tuju industri pertahanan bagi kedua-dua buah negara.

Iklan
Iklan

"Kedua-dua mereka bertukar-tukar pandangan mengenai kerjasama bidang baharu dalam industri pertahanan, yang boleh diterokai oleh kedua-dua negara,” menurut kenyataan kementerian itu.

Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Zimbabwe Oppah Chamu Zvipange Munchiguri Kashiri. Foto Bernama

Kenyataan itu turut memaklumkan Mohamed Khaled turut mengadakan pertemuan dua hala dengan Menteri Pertahanan Zimbabwe Oppah Chamu Zvipange Munchiguri Kashiri, pada hari kedua pameran DSA dan NATSEC itu.

Iklan

Kementerian Pertahanan memaklumkan kedua-dua menteri pada pertemuan itu antara lain membincangkan peluang kerjasama yang boleh diterokai di antara kedua negara di masa hadapan.

Pameran DSA dan NATSEC yang diadakan di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia di sini itu yang akan berakhir Khamis ini, mempamerkan teknologi dan aset peperangan elektronik tercanggih di dunia dalam sektor pertahanan darat, udara dan laut.

Iklan

Acara dwitahunan yang memasuki dalam edisi ke-18 itu, bertemakan Building Resilient Nations For The Next Generation dan telah menarik penyertaan 1,324 syarikat dari 60 negara, dengan 34 negara mempunyai pavilion sendiri, termasuk Turkiye, China, Emiriah Arab Bersatu, Itali dan Amerika Syarikat. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!