Akibat selisih faham, lelaki maut dipukul rakan dengan topi keledar

Iklan
Mangsa meninggal dunia di hadapan sebuah restoran di Taman Scientex, Pasir Gudang. Foto tular

PASIR GUDANG - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes pertengkaran yang menyebabkan seorang maut dipercayai dipukul dengan topi keledar di hadapan sebuah restoran di Taman Scientex di sini pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Sohaimi Ishak berkata, lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai memukul rakannya selepas berlaku salah faham dalam kejadian yang berlaku pada jam 4.15 petang.

Iklan
Iklan

"Perselisihan faham antara suspek dan mangsa yang berusia 33 tahun itu berkaitan perkara peribadi. Kata-kata kesat yang dikeluarkan turut membangkitkan kemarahan.

"Berlaku pergelutan sebelum mangsa rebah meninggal dunia. Bagaimanapun senjata sebenar yang digunakan bagi memukul mangsa masih lagi disiasat," katanya ketika dihubungi pada Selasa.

Iklan

Mengulas lanjut, Sohaimi berkata, mangsa yang maut dibawa ke Hospital Sultan Ismail (HSI) Johor Bahru dan proses bedah siasat dilakukan pada Isnin.

"Polis berjaya mengesan suspek di rumah sewanya tidak jauh dari lokasi kejadian sejurus selepas insiden itu berlaku pada jam 5.15 petang.

Iklan

"Suspek mempunyai enam rekod kesalahan lampau membabitkan dadah dan jenayah serta kini ditahan reman tujuh hari bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Sohaimi berkata, pihak polis masih menunggu laporan bedah siasat bagi mengetahui punca sebenar kematian.

Sebelum itu, tular muat naik dan perkongsian seorang pengguna media sosial berkongsi pengalamannya ketika sedang menarik kereta.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!