Cadang wujud jawatankuasa khas tangani pencemaran Sungai Linggi - ADUN Lukut
Iklan
Ken Hwa ketika membahaskan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal Kedua DUN Negeri Sembilan yang ke-15, pada Selasa.Foto MBNS
SEREMBAN - Kerajaan Negeri Sembilan dicadangkan mewujudkan satu jawatankuasa khas yang dianggotai oleh wakil-wakil rakyat bersama jabatan dan agensi berkaitan bagi menangani isu pencemaran Sungai Linggi.
Choo Ken Hwa (PH-Lukut) berkata, isu pencemaran itu berulang kali berlaku dan menjejaskan bekalan air kepada penduduk khususnya di Port Dickson.
Iklan
Iklan
Beliau berpandangan tanpa perlindungan yang baik terhadap sungai itu yang menjadi sumber air mentah kepada 37,000 pengguna, bekalan air kerap terjejas.
"Kita kena bertekad dalam urusan ini, kalau air sungai ini dimasuki racun dan diesel seperti yang berlaku kelmarin (Sungai Linggi tercemar), semua tidak akan dapat air, ia boleh gugat keselamatan negara, akan ancam nyawa manusia. Jadi saya minta tolong jalankan kerja secara berpasukan,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian dalam perbahasan Usul Menjunjung Kasih Titah Diraja, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada Persidangan Pertama Penggal kedua, Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan yang ke-15, di sini pada Selasa.
Saiful Yazan
Dalam pada itu, Datuk Saiful Yazan Sulaiman (BN-Johol) turut menyambut baik titah baginda berhubung lebih banyak kawasan perindustrian baharu diwujudkan di negeri ini bagi menyokong inisiatif pembangunan yang telah direncanakan selama ini.
Iklan
"Kerajaan negeri diminta supaya melihat juga potensi-potensi daerah lain untuk dibangunkan serta menjadi destinasi pilihan pelabur dari dalam mahupun di luar negara.
"Janganlah hanya setakat Seremban atau Port Dickson dijadikan hub perindustrian semata-mata, sebaliknya tengok juga kawasan lain seperti kawasan saya di Johol dan lain-lain kawasan luar bandar yang berpotensi untuk dimajukan.
"Kita perlu ambil peluang kepada faktor geografi Johol yang berhampiran dengan
bandar utama iaitu Melaka selain kemudahan infrastrukturnya yang hampir
sempurna," katanya.
Sementara itu, Ketua Pembangkang, Mohamad Hanifah Abu Baker (PN-Labu) berkata,Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bertitah agar masjid dan surau dapat dijadikan untuk menyebarkan lagi syiar Islam.
"Perlu pertimbangkan agar elaun imam-imam masjid di negeri ini dinaikkan supaya mereka dapat memberi lebih tumpuan untuk mengimarahkan aktiviti-aktiviti di masjid. Mereka ini juga mempunyai perbelanjaan harian dan tidak terlepas daripada kos sara hidup yang menggila pada masa sekarang," katanya.
Persidangan DUN bersambung Rabu.
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
Seorang penyokong tegar Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem atau lebih mesra disapa YB Helmy, sanggup menukar tempat mengundi sebagai tanda sokongan terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong itu untuk terus berbakti kepada rakyat, lapor wartawan Sinar Harian, Norafiza Jaafar.
Ibu kepada dua anak, Lee Kim Choo, 54, berkata, dia telah mengikuti rapat perkembangan YB Helmy sejak sekian lama menerusi platform media sosial dan tertarik dengan pendekatan wakil rakyat berkenaan yang sentiasa turun padang serta mendekati masyarakat tanpa mengira bangsa dan kaum.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/766730/edisi/melaka-ns/sanggup-tukar-tempat-mengundi-demi-yb-helmy
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.