Tanam padi huma di halaman rumah

Iklan
Zaimah Abdullah, 71, mula mengusahakan tanaman padi di halaman rumahnya sejak November lepas. Foto Bernama

MARANG - Seramai 20 orang ahli Koperasi Kariah Masjid Kampung Tebakang Marang Berhad (KOMIT) mengambil inisiatif mengusahakan tanaman padi huma di halaman rumah untuk kegunaan sendiri sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan harian mereka.

Setiausahanya, Muhammad Khaidhir Hussin berkata, projek tanaman padi dalam pasu, atas tanah dan bekas plastik itu dimulakan sejak November lepas bagi menampung keperluan sumber makanan penduduk.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, pada peringkat awal semua benih padi huma dari jenis Basmati, Tangkai Langsat dan Jarum Galah yang diperoleh dari luar negara itu dibekalkan oleh koperasi secara percuma untuk peserta.

"Pada asalnya KOMIT mengusahakan tanaman padi huma bersama-sama pokok kelapa di kawasan seluas satu ekar di kawasan bukit Kampung Tebakang tahun lepas.

Iklan

"Kita sudah berjaya tuai hasil pertama awal tahun ini dan sedang tunggu waktu yang sesuai untuk tanam padi kali kedua di kawasan sama," katanya ketika ditemui di Kampung Tebakang, di sini hari ini.

Sementara itu, seorang ahli KOMIT Zaimah Abdullah, 71, berkata, dia mula mengusahakan tanaman padi di halaman rumahnya sejak November lepas.

Menurutnya, walaupun hasilnya tidak banyak, ia sekurang-kurangnya dapat menampung sedikit keperluan beras untuk kegunaannya sekeluarga.

Iklan

"Tanam padi huma memang sangat mudah... tak perlu jaga sangat. Penggunaan air pun sangat minimal," katanya.

Selain itu, katanya padi jenis Basmati yang ditanamnya juga hanya memerlukan jangka masa pendek iaitu antara tiga hingga empat bulan untuk dituai. - Bernama

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!