Wanita maut, suami, anak saudara parah motosikal dirempuh kereta

Iklan
Seorang wanita maut manakala suami dan anak saudaranya cedera apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta di Jalan Selayang Utama, Selayang di Gombak pada Ahad. Gambar hiasan

GOMBAK - Seorang wanita maut manakala suami dan anak saudaranya cedera apabila motosikal dinaiki mereka dirempuh sebuah kereta yang memasuki laluan bertentangan dalam kemalangan dekat Jalan Selayang Utama, Selayang di sini pada Ahad.

Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superintenden Abang Kaderi Abang Wasli berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 9.30 malam.

Iklan
Iklan

"Kejadian berlaku ketika motosikal itu ditunggang seorang lelaki bersama isteri serta kanak-kanak lelaki menghala ke Intan Baiduri dari arah Selayang.

"Setibanya di lokasi kejadian, sebuah kereta dipandu seorang lelaki dipercayai memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan motosikal dinaiki ketiga-tiga mangsa itu," katanya menerusi kenyataan pada Selasa.

Iklan

Katanya, pelanggaran mengakibatkan ketiga-tiga mangsa tercampak ke atas jalan.

"Mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Selayang manakala suami dan anak saudaranya dibawa untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya.

Iklan

Menurutnya, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

"Orang ramai yang melihat atau mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Inspektor Mohamad Suhaimi Tukiman di talian 013-7557556.

"Selain itu, sebarang maklumat berhubung kejadian boleh disalurkan dengan menghubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di talian 03-61262222," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!