Kane impi beraksi di final

Iklan
Kane. Foto AFP

BAYERN Munich bakal berdepan tugas sukar apabila akan bertandang ke laman lawan menentang Real Madrid dalam aksi separuh akhir kedua Liga Juara-Juara pada Khamis.

Skuad bimbingan Thomas Tuchel itu menyandarkan harapan kepada penyerang sensasi, Harry Kane untuk merobek gawang lawan selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 minggu lalu.

Iklan
Iklan

Malah Kane juga sudah memberi bayangan bakal beraksi pada perlawanan akhir di Wembley pada 2 Jun.

"Sekarang 0-0. Esok (Khamis) satu perlawanan untuk membawa anda ke Wembley.

Iklan

"Semuanya belum berakhir dan kami perlu beraksi pada kejohanan besar itu supaya peluang itu ada (meraih gelaran)," ujar Kane.

Kane masih belum meraih sebarang trofi walaupun sedekad mengumpul anugerah individu, meninggalkan Tottenham Hotspur pada musim panas lalu untuk memburu kejuaraan bersama Bayern.

Iklan

Namun kejatuhan Bayern dan musim tanpa kalah Bayer Leverkusen yang luar biasa di bawah Xabi Alonso menamatkan rentetan kejuaraan Bundesliga Bayern selama 11 tahun pada April lalu.

Liga Juara-Juara menjadi pentas terbaik buat Kane mengubat kekecewaan sekali gus menjulang trofi bersama Bayern.