Manchester United tidak cukup bagus di Crystal Palace

Iklan
Ten Hag

MANCHESTER United, tewas 0-4 kepada Crystal Palace dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium Selhurst Park, yang menyaksikan pemburuan slot ke pentas Eropah musim depan gergasi bola sepak England tersebut samar.

Kekalahan ke-13 liga musim ini juga meletakkan The Red Devils kendalian Erik Ten Hag berada di kedudukan kelapan terkeluar dari slot Eropah, walaupun kemenangan menentang Man City dalam perlawanan akhir Piala FA akan menjamin tempat Liga Europa.

Iklan
Iklan

Biarpun akur The Red Devils kehilangan khidmat pemain utama yang masih mengalami kecederaaan, namun Ten Hag menyifatkan itu bukan alasan bagi bola sepak sukan berpasukan.

"Sejujurnya, amat jelas semua berkaitan dengan prestasi rendah pemain-pemain.

Iklan

"Kami tidak bertindak seperti yang kami mahu kemenangan dan ini bukan sesuatu yang positif. Sebagai Manchester United, kami sepatutnya beraksi lebih baik...

"Pemain-pemain yang tersedia harus melakukan yang lebih baik. Ia adalah kekalahan yang wajar. Persembahan tidak seperti yang kami jangkakan," katanya.

Iklan

Mengulas lanjut, Ten Erik menegaskan Manchester United tidak boleh meletakkan sepenuh kebergantungan terhadap Casemiro.

"Kami tidak boleh fokus kepada seorang pemain sahaja (Casemiro). Kami perlu fokus pada prestasi pasukan. Ini tidak betul. Kami perlu memperbetulkannya. Kami perlu belajar daripada perlawanan ini dan memperbaikinya.

"Anda perlu bersatu, bertanggungjawab. Penyokong-penyokong memberi kami sokongan yang begitu besar dan hebat..

"Saya akan terus berjuang dan menyediakan pasukan dengan cara terbaik yang boleh dilakukan dan setakat ini tidak cukup bagus...

"Saya perlu memikul tanggungjawab itu, tetapi saya akan mencari tenaga dan akan menyediakan mereka untuk perlawanan seterusnya," katanya.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!