Seorang lagi suspek kes simbah asid Faisal Halim ditahan

Iklan
Laporan Sinar Harian (kiri) dan Hussein

SHAH ALAM - Seorang lagi individu ditahan dipercayai mempunyai kaitan melibatkan kes simbah asid terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim di sebuah pasar raya dekat Kota Damansara, Ahad lalu.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, suspek yang merupakan lelaki warga tempatan itu diberkas di sekitar kawasan Bandar Baru Bangi.

Iklan
Iklan

"Suspek berumur 30-an itu ditahan sekitar lewat petang Isnin, suspek akan dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk proses reman," katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Polis sebelum ini memaklumkan seorang lelaki ditahan di Pandan Indah, Ampang pada Ahad berkaitan kejadian terbabit.

Iklan

Lelaki berusia lingkungan 20-an itu direman dua hari sehingga siasatan lanjut selain bagi mengenal pasti motif kejadian.

Difahamkan dalam kejadian pada Ahad, pemain Selangor FC itu dihampiri dua individu bermotosikal sebelum bertindak menyimbah asid kepadanya.

Iklan

Faisal kemudian dikejarkan ke sebuah hospital swasta di Petaling Jaya dan keadaannya dilaporkan stabil.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!