Kat Roshan, Meer Nash pukau 2 juta penonton di China

Iklan
Meer Nash dan Kat Roshan.

TIADA apa lebih membanggakan buat dua penyanyi berbakat yang mewakili Malaysia ke program antarabangsa Sound of the South China Sea di Sanya, Hainan, China pada 29 Mac lalu apabila berjaya memukau hati dua juta penonton di sana.

Menariknya, program yang dianjurkan oleh Pusat Global Bahasa Mandarin dari Pusat Radio Umum dan Pusat Televisyen China itu turut memberi peluang Meer Nash dan Kat Roshan membuat persembahan serta disiarkan melalui saluran CCTV 4.

Iklan
Iklan

Memanfaatkan peluang keemasan itu, Kat dan Meer sepakat mempersembahkan lagu tradisional berjudul Wau Bulan secara berduet.

Kat yang juga artis di bawah syarikat rakaman Universal Music Malaysia berkata, persembahan di pentas antarabangsa itu adalah satu pengalaman berharga sekali gus mengukuhkan lagi tapak di industri muzik.

Iklan
Meer dan Kat (kiri) ketika berada di Sound of the South China Sea di Sanya, Hainan, China pada 29 Mac lalu.

"Terima kasih Mr Ong Peng Chu kerana memberi peluang untuk kami beraksi dan menunjuk bakat di pentas antarabangsa. Ini adalah pengalaman terbaik dan berharga buat saya bagi mengukuhkan lagi tempat dalam industri muzik,” katanya.

Berkongsi mengenai pemilihan lagu Wau Bulan, Kat berkata, dia perlu mempelajari lagu itu dengan sebaiknya memandangkan ia dinyanyikan dalam loghat Kelantan.

Iklan

"Pada awalnya untuk saya belajar menyanyi Wau Bulan dalam loghat Kelantan agak sukar, tetapi dengan keazaman dan selepas berkali-kali berlatih, saya tahu saya mampu lakukannya, apatah lagi bila saya tahu saya membawa nama Malaysia, terus saya jadi lebih bersemangat.

"Saya sangat bangga untuk membawa seni Malaysia ke negara China serta mengharumkan nama Malaysia,” katanya yang berpeluang menyanyikan beberapa lagu Cina bersama penyanyi, penerbit, dan ahli muzik terkenal di China seperti Xiao Ke, Ye Pei dan Xiao Juan.

Program itu mengundang ahli muzik dan penyanyi berpengalaman dari China dan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, dan Singapura untuk bertukar dan berkongsi mengenai muzik dan budaya antara negara-negara Asia Tenggara dan China.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!