PM ucap takziah kepada keluarga Hail Amir

Iklan
Anwar menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin. Foto Facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga penyanyi dan pelakon veteran Datuk Hail Amir yang meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur pada Isnin.

Menerusi hantaran di laman Facebook, Anwar turut mendoakan supaya keluarga Allahyarham tabah menghadapi dugaan itu.

Iklan
Iklan

"Mendoakan roh Allahyarham diampunkan segala dosanya dan diberi tempat istimewa di sisi Yang Maha Esa, insya-ALLAH. Karya anak seni Pulau Pinang ini pastinya akan terus dikenang buat selamanya,” kata beliau.

Terdahulu, berita pemergian Hail, 76, atau nama sebenarnya Abdul Hail Amir pada 3.43 petang disahkan oleh Presiden Persatuan Seniman Malaysia Rozaidi Abdul Jamil, yang lebih dikenali sebagai Zed Zaidi.

Iklan

Bakat Hail dalam bidang seni suara dikesan oleh komposer terkenal Ahmad Nawab sehingga lahirnya lagu popular Wajah Kesayangan Hamba manakala antara filem lakonan beliau ialah Menanti Hari Esok, Ribut Barat dan Anita Dunia Ajaib.

Bapa kepada empat cahaya mata itu menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk pada 2022 daripada Yang di-Pertuan Agong ketika itu, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara. - Bernama

Iklan

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!