Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Iklan
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas mencatatkan kenaikan awal pada Isnin. Foto hiasan
RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas mencatatkan kenaikan awal pada Isnin, walaupun data Pembayaran Gaji Bukan Ladang (NFP) AS yang dikeluarkan Jumaat lepas lebih lemah daripada jangkaan, kata pakar ekonomi.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Iklan
Iklan
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.
"Terdapat sedikit peningkatan dalam Indeks Dolar AS (DXY) kepada 105.077 mata tetapi kenaikan itu kecil kerana dolar AS lebih lemah berbanding euro dan pound sterling. DXY mempunyai enam komponen antaranya ialah euro dan pound sterling.
Iklan
Pada penutupan dagangan, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0806/0825 daripada 3.0947/0968 semasa ditutup pada Jumaat lepas namun, turun berbanding pound British kepada 5.9604/9635 daripada 5.9487/9525.
Iklan
Ringgit juga rendah berbanding euro kepada 5.1033/1060 daripada 5.0890/0922.
Unit domestik didagangkan rendah berbanding mata wang negara ASEAN.
Ringgit turun berbanding baht Thailand kepada 12.8950/9070 daripada 12.8723/8850 pada Jumaat, dan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.5086/5107 daripada 3.5027/5054.
Mata wang tempatan rendah berbanding rupiah Indonesia kepada 295.6/295.9 daripada 294.4/294.8 ketika ditutup Jumaat lepas dan lemah berbanding peso Filipina kepada 8.28/8.29 daripada 8.25/8.27. - Bernama
Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Dari dapur rumah ke kilang sendiri"><meta itemprop="description" content="Bermula sekadar menguli adunan di dapur rumah demi menyara keluarga, siapa sangka perniagaan kuih tradisional yang diasaskan seorang usahawan dari Gerik kini berkembang menjadi sebuah perusahaan makanan dengan kapasiti pengeluaran ratusan ribu unit sebulan, lapor wartawan Sinar Harian, Saifullah Ahmad.
Hamidah Sulaiman, 51, yang juga usahawan bimbingan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA) berkata, perjalanan lebih 18 tahun dalam dunia keusahawanan membuktikan industri makanan tradisional masih relevan serta berpotensi besar jika diusahakan secara strategik dan berdisiplin.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/762391/bisnes/daripada-dapur-rumah-ke-kilang-sendiri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #kuihtradisional #Bisnes #Risda #usahawantempatan #industrimakanantradisional"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-01-02T02:59:35.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/ZknCw1fLpICDUeyQm/x120"><meta itemprop="duration" content="P184S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.html?video=x9wwke2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/x1ifxw.js" data-video="x9wwke2"></script>