PRK KKB: Calon PN lancar manifesto, fokus lima teras

Iklan
Khairul Azhari menunjukkan manifesto PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu yang baru dilancarkan pada Isnin

HULU SELANGOR - Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut memberi fokus kepada lima teras dalam manifesto bagi meraih sokongan pengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, 11 Mei depan.

Lima tawaran itu merangkumi pembangunan berkualiti dan mampan, kelestarian alam, memperkasa ekonomi setempat, potensi generasi muda dan wanita serta membela masyarakat minoriti.

Iklan
Iklan

Menerusi teras pembangunan, Khairul Azhari mahu mendesak pembangunan infrastruktur dan prasarana asas yang berkualiti serta sempurna.

Selain itu, beliau berjanji akan menjadi suara warga tempatan, berperanan sebagai perantara rakyat dan agensi kerajaan.

Iklan

Bagi aspek kelastarian alam, pemangku Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Hulu Selangor itu mahu menyediakan 'blueprint' untuk pembangunan bagi mengekalkan persekitaran bersih serta kehijauan alam semula jadi.

Beliau juga mahu mempromosikan keindahan alam sekitar sebagai kawasan eko pelancongan yang dapat memangkin kegiatan ekonomi setempat.

Iklan
Khairul Azhari (tengah) bersama pimpinan PN ketika pelancaran manifestor PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu pada Isnin.

Bagi aspek memperkasa ekonomi setempat, anak kelahiran Felda Sungai Tengu itu berjanji akan membangunkan sebuah pusat khidmat yang turut berfungsi sebagai pemudahcara serta penyuai temu buat sumber daya warga tempatan dengan pemain industri tempatan.

Di samping itu beliau mahu menyediakan sebuah platform atas talian untuk mempromosi dan menjadi ejen pemasaran produk-produk tempatan.

Inti pati menggembleng potensi generasi muda dan wanita pula, Khairul Azhari berjanji untuk menaiktaraf kemudahan sukan dan rekreasi serta fasiliti awam selain melipat gandakan program pemerkasaan golongan berkenaan khususnya dalam bidang sukan serta sosioekonomi.

Tawaran terakhir dalam manifesto calon PN itu pula melibatkan pembelaan terhadap masyarakat minoriti yang mana beliau bertekad untuk mendesak perkampungan Orang Asli diiktiraf dan dimartabatkan dengan kemudahan asas berkualiti dan selamat.

Di samping itu juga, beliau mahu menuntut pembangunan yang mesra orang kurang upaya (OKU) khususnya di setiap prasarana awam seluruh Kuala Kubu Baharu.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!