Dirogol bapa: JKM akan sediakan khidmat psikologi, kaunseling

Iklan
Laporan Sinar Harian

SEREMBAN - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sembilan akan menyediakan perkhidmatan sokongan psikologi dan kaunseling terhadap seorang wanita yang menjadi mangsa rogol bapa kandungnya sejak lapan tahun lalu dalam kejadian di Port Dickson.

Pengarah JKM Negeri Sembilan, Rosnah Sardi berkata, perkhidmatan itu akan diberikan berdasarkan keperluan bagi memulihkan trauma mangsa.

Iklan
Iklan

"Buat masa ini mangsa yang kini berusia 20 tahun tinggal dengan ibu saudaranya.

"Kita akan dijalankan semakan lanjut (keperluan dan perlindungan) berhubung keadaan mangsa," katanya ketika dihubungi di sini pada Isnin.

Iklan

"Masih dalam semakan pihak kami lagi (status anak)," katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang wanita berusia 20 tahun dirogol bapa kandung sejak berusia 12 tahun sehingga melahirkan dua orang anak terbongkar selepas mangsa membuat laporan polis pada 1 Mei lalu.

Iklan

Difahamkan seorang anak mangsa meninggal dunia semasa lahir manakala seorang lagi anak perempuan masih hidup dan kini berusia tiga tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed, susulan kejadian itu ibu bapa mangsa berusia 40-an telah ditahan kira-kira jam 11.40 pagi Jumaat lalu pagi di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Port Dickson bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!