MB Selangor gesa siasatan menyeluruh insiden babit Faisal Halim, Akhyar

Iklan
Tangkap layar artikel berkaitan kejadian samun terhadap Akhyar Rashid dan Faisal Halim yang disimbah asid. Amirudin (kanan).

SHAH ALAM - Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menggesa Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuat siasatan menyeluruh berhubung insiden keganasan membabitkan pemain Selangor FC, Faisal Halim yang disimbah asid.

Beliau turut menggesa pihak berkuasa agar mengambil tindakan sama terhadap kes samun yang melibatkan pemain pasukan kebangsaan, Akhyar Rashid, baru-baru ini.

Iklan
Iklan

"Tindakan berunsur samseng ini melampau dan tidak sewajarnya berlaku. Saya menggesa pihak polis melaksanakan siasatan menyeluruh dan mendoakan kedua-dua pemain ini sembuh segera,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebooknya.

Pada Ahad, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh turut menggesa PDRM untuk mengambil tindakan kepada pelaku yang menyimbah asid kepada pemain sayap skuad Harimau Malaya terbabit.

Iklan

Menerusi satu hantaran di Aplikasi X, beliau menegaskan bahawa keganasan tidak sepatutnya berlaku dalam bidang sukan negara.

"Saya mengecam sekeras-kerasnya keganasan terhadap atlet. Tiada keganasan dalam sukan! Saya meminta @PDRMsia untuk segera mengambil tindakan terhadap pelaku," katanya.

Iklan

Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, Faisal atau lebih dikenali sebagai 'Mickey' telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat membeli-belah di Damansara.

Menerusi gambar yang tular di media sosial, pemain Selangor FC itu kelihatan mengalami kecederaan di badan dan tangan akibat kejadian tersebut.

Bagaimanapun, dia telah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan dan ini merupakan kes kedua melibatkan pemain bola sepak.

Sementara itu, Selangor FC telah mengesahkan kejadian terbabit dan pihaknya akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk mengenal pasti individu yang terlibat.

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!