Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera

Iklan
Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu membantu memindahkan mangsa tragedi kepala air Lembah Maksina yang terselamat.

LAHAD DATU - Enam orang dikhuatiri lemas, dua cedera manakala sembilan lagi selamat dalam kejadian kepala air di Lembah Maksina, Makuau di sini, malam tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu, Sumsoa Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam.

Iklan
Iklan

"Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu telah menerima panggilan kecemasan pada jam 8.28 malam melalui sistem 999 melibatkan sekumpulan hikers yang terperangkap di Sungai Maksina akibat banjir kilat ataupun kepala air.

"Seramai 11 orang anggota pasukan bomba termasuk ketua balai bergegas menuju ke lokasi yang terletak sejauh 56 kilometer dari balai untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Iklan

"Setibanya pasukan bomba di lokasi, kita dimaklumkan bahawa terdapat 17 orang peserta yang terlibat dalam aktiviti river trekking di Lembah Maksina,” kata beliau.

Menurut Sumsoa, tindakan awal bomba berjaya membawa keluar sembilan peserta dalam keadaan selamat pada tepat 12 tengah malam.

Iklan

Beliau turut memaklumkan, operasi penyelamatan telah ditangguhkan pada jam 1.40 pagi akibat cuaca yang gelap dan keadaan yang tidak mengizinkan atas faktor-faktor keselamatan dan operasi akan disambung seawal jam 6 pagi ini.

Maklumat awal bomba mendapati sekumpulan 17 orang telah melakukan aktiviti river trekking sebelum terjadi banjir dan kepala air yang menyebabkan mereka terperangkap. - Awani

Ikuti Channel rasmi Sinar Harian di WhatsApp supaya anda tidak terlepas berita-berita terkini daripada kami. Jom! Klik di sini!